Friday 22 February 2013

taht's all about love :)

 hye2 semua.. sharing tentang cinta,cinta bukan hanya ditujukan kepada sesorang yg special person only,tapi untuk ibu bapa kita,kawan2 n yg paling penting cinta kepada Allah Dan RASul kita junjungan besar nabi Muhammad S.A.W kan !!

ramai orang tahu cinta,slau sebut tentang cinta !tapy korang tau x pew itu cinta ??jom kita baca 

cinta adalah sesuatu yang murni,putih tulus dan suci yang timbul tanpa ada paksaan atau adanya sesuatu yang dibuat buat atau lakonan...ianya hadir tanpa diduga dan tnpa diundang :)

 
AMANAH ALLAH
Ya, cinta itu adalah amanah! Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.

nak tau x ciri2 orang mencintai kita..JOM !
 
 
 
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.  
 
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
 
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
 
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
 
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
 
  Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi

Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta

 “Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

ahhahaa..jiwang siot malam2 nih haha !!

okeyh jom kita ikuti kisah cinta nih k !!best

Seringkali kita dengar dan seringkali juga kita baca, pertemuan pertama berlaku dengan penuh romantis. Mata bertentang mata, kulit tersentuh kulit, proses pelanggaran yang tidak disengajakan dan banyak lagi detik-detik romantis yang pasti membuai perasaan setiap pembaca.
Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika pendaftaran kem, hanya satu perkataan yang singgah di benakku, “pelik”. Dengan seluar pendek ’3 suku’, dan topinya yang sangat tidak ‘cool’, dia nampak aneh. Dan dia juga jujur memberitahuku, dia melihat kelibat singa di wajahku pada ketika itu. Aku tertawa mendangar pengakuannya.
Pertemuan yang berlaku sewaktu kem tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, aku tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi rapat. Apabila aku cuba ingat kembali saat kami mula mesra, imej kami ketawa terbahak-bahak sewaktu mendengar ceramah yang membosankan menjelma. Situasi itu aneh bagiku, kerana aku dikenali dengan sikapku yang tidak peramah, tidak mudah mesra dan sombong apatah lagi dengan orang yang baru dikenali membuatku tertanya-tanya, kemana hilangnya sikap itu apabila bertemu dengannya. Apabila aku ujarkan pertanyaan tentang perkara tersebut, ringkas sahaja jawapannya, “aku kan peramah”. Mungkin juga betul. Keramahannya membuatkan aku lupa sikap durjana yang sering diamalkan selama ini.

Pada malam kem tersebut, peserta telah dikejutkan dari tidur sewaktu jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kami disuruh berkumpul di padang dan berlakulah sesi “hentam-menghentam”. Suhu yang dingin pada ketika itu, mebuatkan aku menggigil kesejukan dan mengeluh. Kebetulan, dia berdiri di sebelahku dan dia mendengar keluhanku. Dengan penuh rasa prihatin, dia menawarkan ‘sweater’ nya kepadaku, tetapi aku tolak. Pelik rasanya untuk aku memakai baju seorang lelaki. Memang sebelum ini, perasaanku terhadapnya hanyalah sebagai seorang kawan senior. Tetapi, pada ketika itu, perasaanku mulai berubah. Memang perkara itu nampak remeh, tetapi entah kenapa, aku terharu dengan keprihatinannya.
Selepas kem tersebut, aku menganggap persahabatan kami akan turut berakhir. Nyata aku silap meneka. Beberapa minggu selepas kem tersebut, dia menghubungiku. Kami bersenda riang dan bergelak ketawa. Kami tetap berhubung selepas itu. Posisi aku dan dia sebagai AJK dalam sebuah organisasi, membuatkan kami sering bekerjasama antara satu sama lain. Setiap kali peperiksaan menjelma, dia akan menghantar “ugutan-ugutan” yang sangat tidak digeruni untuk menaikkan semangatku. Antara ugutannya yang masih aku ingat hingga ke hari ini, “buat betul-betul. Senang je exam tu. Kalau tak score, aku bunuh kau.”.
Setiap tahun pengajian aku jejaki dengan perasaan yang berkobar-kobar. Namun, semakin lama, semangatku makin hilang. Proses pembelajaran yang sangat memenatkan, seringkali membuat aku stress. Apabila aku bercerita tentang masalahku, dengan selambanya dia mentertawakan aku. Walau begitu, aku tetap bercerita dan dia tetap tertawa. Aku tidak pernah ambil hati, malah senang dengan sikap riangnya.
Dia juga sering menolong untuk menaikkan nama aku di tempat pengajian. Berkat pertolongannya, aku berjaya menjadi pengerusi hasil undian ahli-ahli di sebuah organisasi yang aku ikuti. Pada saat itu, aku mengangkatnya sebagai hero dihatiku. Perasaan sayang kepadnya makin mekar.
Masa berlalu dan tibalah aku di tahun akhir pengajianku. Kelibatnya tidak lagi boleh aku jumpa kerana sesi pengajiannya sudah tamat. Aku menganggapnya sebagai satu hikmah, supaya aku boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Namun, sekali lagi aku silap. Dia tetap muncul dalam hidupku. Sms manjadi penghubung. Dia dan kawan-kawannya turut turun padang untuk menjadi sukarela dalam aktiviti yang dikendalikan aku. Kawan-kawannya sering mengusik kami berdua. Ungkapan “siapalah Firdaus tanpa Ayrin, siapalah Ayrin tanpa Firdaus” sering menjadi ayat untuk mengusik. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku ketika itu. Perbuatan mereka seolah-olah mereka tahu akan isi hatiku. Dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi terhadap usikan itu dan hanya maintain cool. Sewaktu kami berbual-bual, aku menanyakan kenapa dia tidak mempunyai girlfriend selama ini. Jawapannya cukup membuatku terpegun, “buat apa bercinta kalau hanya untuk suka-suka. Aku tak sanggup nak mainkan perasaan perempuan macam tu. Biarlah girlfriend pertama aku, akan terus jadi isteri aku.”
Tidak lama selepas itu, dengan tidak disangka-sangka, dia kembali semula ke universiti untuk menyambung pengajiannya. Aku sedaya upaya untuk mengelak bertemu dengannya. Tapi, dia masih di situ. Kelibatnya masih aku lihat setiap hari. Dia masih menegurku, masih mengusikku. Dirinya, tidak aku layan. Alasannya, aku ingin menumpukan perhatian terhadap final exam yang bakal aku duduki.
Selepas tamat pengajianku, kami masih lagi berhubung. Dia tetap dengan usikannya. Walau aku cuba untuk menghindarinya, seringkali aku gagal. Aku perlukannya dalam hidupku. Sering teman-temanku bertanya kenapa tidak aku luahkan sahaja perasaanku terhadapnya. Aku takut! Aku takut dia akan menjauhkan diri. Aku takut untuk kehilangan persahabatan ini. Pengalaman dikeji dan dihina kerana meluahkan perasaan terhadap seorang jejaka sebelum ini membuatkan aku sedar, aku tidak layak untuk mengharapkan cinta mana-mana lelaki. Biarlah aku simpan perasaan ini, asalkan aku tidak dihina lagi sedemikian rupa. Aku tidak sanggup untuk dikecewakan sekali lagi.
“weyh engkau tahu tak kenapa aku respect dan suka sangat kat engkau? Kau tak pernah hina rupa fizikal aku. Kau tak pernah cerca aku. Walaupun aku selalu merendah-rendahkan diri aku sendiri, kau akan menaikkannya kembali. Walaupun aku tak dapat nak memiliki hati kau, aku dah bahagia sekarang sebab kau sanggup jadi kawan baik aku. Terima kasih Fir..”
Hingga kini, kami masih lagi berkawan. Masih lagi bergelak ketawa. Dirinya masih lagi solo, entah apa yang ditunggunya. Apabila aku bertanya tentang perkara tersebut, dia hanya ketawa. Untuk aku, aku masih lagi di sini. Aku masih lagi di sampingnya sebagai seorang teman baik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya. Aku tidak pasti bagaimana orang akan menafsir cerita ini. Yang aku tahu, ini kisah aku dan aku jujur mengenainya
   
okeyh the conclusion is kalau kita kat seseorang bgytau diew yg sesungguhnya k..jujur bar haty tnang !!

okeyh bubye semua